Thursday, June 24, 2010

Roti Naik




Roti naik ini merupakan kegemaran Tuan haji Captain saya. Setelah beberapa kali mencuba dan gagal untuk membuatnya ... lama kelamaan ternyatalah untuk membuat roti naik ini tidak memerlukan kemahiran atau kepakaran yang hebat sebagai tukang masak. Saya bukan pakar memasak. Oleh itu resepi dan cara membuat roti ini adalah cara biasa biasa saja.


Beginilah rupanya roti naik ini selepas keluar dari ketuhar


Roti naik yang sudah sedia untuk dimakan


Bahan bahan yang diperlukan

Tepung gandum biasa 700gm ( lebih kurang pun boleh )
Marjerin 4 sudu besar ( lebih kurang pun boleh )
Gula 4 sudu besar ( jika nak manis tambah la gulanya jika tak nak manis kurangkan gulanya)
Yis kering jenama Mauripan 1 bungkus
Air Masak secukupnya

*** sebungkus yis kering mauripan itu boleh digunakan untuk 1 kilo tepung gandum


Cara cara membuatnya

masukkan gandum, gula & yis kering tu kedalam mangkuk. Gaul rata. Kemudian masukkan marjerin dan gaulkan macam serbuk roti. Akhir sekali masukkan air masak sedikit demi sedikit sambil menguli tepung tu menjadi doh. Biar kan doh tersebut melekit sedikit.

Ketepikan doh sehingga naik.
Bila dah naik doh tersebut...tumbuk ditengahnya dan uli kembali.

Ambil loyang pembakar yang bersesuaian untuk dijadikan bekas roti naik itu. Buat bentuk bulat bulat dan susun lah ke dalam loyang tadi.

Tunggu sehingga roti itu naik dan bakar lah dalam oven 190 C selama 30 minit. ( yg ini tak semestinya 30 min... jangan lupa kerap melihat ketuhar atau oven untuk pastikan roti tersebut tidak hangus.

Bila bahagian atas sudah berwarna coklat ... kira dah masak lah roti itu.

Teramatlah senangnya utnuk membuat roti naik ini.

Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment